suria

Lance Armstrong Mahu Bertanding Semula

Pelumba basikal sensasi dunia, Lance Armstrong melahirkan keinginan untuk bertanding semula selepas didakwa terlibat dengan pengambilan dadah. Beliau menyatakan hasratnya itu dalam bahagian kedua temubual dengan Oprah Winfrey pada Sabtu.

LOS ANGELES: Pelumba basikal sensasi dunia, Lance Armstrong, yang mengaku terbabit dengan dadah, mahu bertanding semula dan tidak percaya pengharaman seumur hidup yang dikenakan terhadapnya menamatkan terus kerjayanya.

“Ya, saya seorang pencabar," katanya dalam bahagian kedua temubual dengan Oprah Winfrey yang disiarkan pada Sabtu.

Beliau ditanya sama ada pengharaman ke atasnya itu satu "hukuman mati" terhadapnya selepas mengakui menipu dengan mengambil dadah.

“Ia sesuatu yang saya buat sepanjang hidup saya. Ia suka berlatih. Saya suka berlumpa. Saya suka di depan dan menamatkan perlumaban," katanya.

“Bukan (berlumba) di Tour de France, tapi banyak lagi yang saya boleh buat. Beliau berkata, kemungkinan beliau akan menyertai Marathon Chicago kerana usianya kini belum lagi menjangkau 50 tahun.

Semalam, dalam bahagian pertama temubual itu, Armstrong membuak pengakuan menggunakan dadah dalam tujuh kejuaraan yang dibolotnya di Tour de France. - AFP

Artikel Lain