suria

Guardiola Pilih Kemudi Bayern Munich

Pep Guardiola
Pep Guardiola
Pep Guardiola

BEKAS pengurus kelab gergasi Sepanyol, Bercelona Pep Guardiola pada malam Rabu mengecewakan kelab Liga Perdana yang memasang niat untuk mendapatkan khidmatnya selepas beliau bersetuju mengemudi Bayern Munich.

Kelab gergasi Jerman itu berjaya memikat hati Guardiola yang turut mendapat tawaran dari Manchester City dan Chelsea.

Ejen Guardiola, Jose Maria Orobitg berkata, pengurus berwibawa itu memilih Bayern kerana ia kelab terbaik.

"Kelab itu tidak menawarkan jumlah wang yang banyak. Dia memilih Bayern kerana yakin dengan potensi pemain dimiliki kelab tersebut," kata Orobitg.

Bayern menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pengurus berusia 41 tahun itu sejak musim panas lalu.

Terdahulu, Guardiola hampir pasti memulakan karier di England selepas mengakui dia ingin mencuba nasib di negara itu dalam sebuah video yang dirakam sempena ulang tahun ke-150 FA.

Namun, sebaliknya beliau akan menggantikan tempat jurulatih Bayern, Jupp Heynckes, 67, yang ingin bersara sebaik kontraknya tamat pada musim panas ini.

Artikel Lain