suria

Wilfried Zaha Tak Sengaja Umum Perpindahannya Ke Man Utd Menerusi Twitter

PENYERANG MUDA sensasi dari Crystal Palace, WILFRIED ZAHA secara tidak sengaja telah mendedahkan rundingan antara kelabnya dengan Manchester United menerusi laman sosial Twitter miliknya Sabtu lalu.

Media-media massa Britain sebelum ini telah membuat spekulasi yang United bersedia menawarkan £12 juta kepada Crystal Palace untuk mendapatkan khidmat Zaha.

“Nampaknya macam saya akan menuju ke puncak Liga Perdana,” demikian bunyi akaun Twitternya pada malam Sabtu.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian kenyataan tersebut telah dipadamkan dari laman Twitternya.

Zaha, 20, kemudiannya terpaksa berpura-pura tidak ingat yang dia ada menaik muatkan kata-kata itu dalam akaunnya.

Dia kemudiannya memuat naikkan satu lagi kenyataan yang berbunyi; “Saya tidak ingat sama ada tweeting berhubung perkara tersebut jadi saya tidak pasti dari mana ia datang. Memang keliru.”

Artikel Berikut

Chong Wei Juara Terbuka Korea

Artikel Lain