suria

Newcastle Akhirnya Perkukuh Skuad Dengan Pembelian Penyerang Marseille Loic Remy Pada Harga £9.25 Juta

NEWCASTLE UNITED akhirnya berjaya memperkukuhkan skuad utamanya dengan pembelian penyerang Marseille dan pemain antarabangsa Perancis, Loic Remy pada harga £9.25 juta.

Pemain berusia 26 tahun itu kini hanya menunggu soal-soal kontrak peribadinya diselesaikan sebelum menurunkan tandatangan dalam tempoh 24 jam lagi.

Presiden Marseille, Vincent Labrune dipetik oleh akhbar The Sun UK sebagai berkata, kedua-dua buah kelab telah mencapai persetujuan untuk menjualan dan pembelian Remy dan telah pun memberi lampu hijau kepada pemain itu untuk meneruskan perbincangan mengenai terma-terma peribadinya.

Di bawah terma-terma baru itu, Remy akan menerima £40,000 seminggu.

Newcastle yang memulakan musim baru dengan prestasi cemerlang kini mendapati mereka berada hanya dua mata di atas zon bahaya lebih-lebih lagi selepas kehilangan Demba Ba yang berhijrah ke Chelsea dua minggu lalu.

kelab utara England itu yang sekadar mencatatkan dua kemenangan daripada 13 perlawanan terakhir liga.

Mereka juga bakal kehilangan pemain antarabangsa Argentina, Fabricio Coloccini yang secara rasminya telah meminta pihak kelab menyenaraikannya dalam senarai perpindahan kerana ingin kembali bermain di negara kelahirannya.

Artikel Berikut

Chong Wei Juara Terbuka Korea

Artikel Lain