suria

Terbuka Australia: Djokovic Dapat Laluan Mudah Pada Aksi Pertama

Pasangan tenis nombor satu dunia, Djokovic (kanan) dan Azarenka bergambar bersama selepas majlis undian utama Terbuka Australia, Jumaat. Foto: EPA

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic bakal memulakan misi mempertahankan gelaran Terbuka Australia dengan bertemu pemain Perancis, Paul-Henri Mathieu pada aksi pertama mereka Isnin ini.

Djokovic turun untuk meraih gelaran hatrik dilihat berdepan dengan laluan mudah pada pusingan pertama, namun bakal bekerja keras pada pusingan suku akhir yang dijangka bertemu pemain kedudukan kelima dunia dari Czech, Tomas Berdych.

Sementara itu, juara Terbuka Amerika, Andy Murray pula akan bertemu pemain bukan pilihan dari Belanda, Robin Haase.

Juara empat kali, Roger Federer pula turut mendapat laluan mudah bertemu dengan pemain Perancis, Benoit Paire.

Selain itu, undian kategori wanita pula menyaksikan bintang Amerika Syarikat, Serena Williams bakal memulakan aksi mencari gelaran keenam di Melbourne dengan bertemu Romania, Edna Gallovits-Hall, dan dijangka akan mara ke suku akhir bertemu bekas juara Wimbledon, Petra Kvitova.

Pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Victoria Azarenka akan beraksi bertemu pemain Romania, Monica Niculescu, manakala pemain nombor dua dunia, Maria Sharapova akan bertemu Olga Puchkova.

Artikel Lain