suria

Ramos Digantung Lima Perlawanan

Sergio Ramos
Sergio Ramos
Sergio Ramos

PEMAIN pertahanan Real MAdrid, Sergio ramos digantung lima perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol kerana mengeluarkan perkataan kasar kepada pengadil sejurus dilayangkan kad merah ketika perlawanan Copa del Rey bertemu Celta Vigo pada Khamis.

Bintang pertahanan Sepanyol yang turut dianugerahkan Pasukan Terbaik FIFA pada Isnin lalu, menerima kad kuning kedua selepas menjatuhkan Augusto Fernandez pada minit ke-73 di Bernabeu.

Pemain berusia 26 tahun itu tidak berpuas hati dengan pengadil serta pembantunya dan membantah keputusan itu sebelum keluar padang.

Dia digantung satu permainan gara-gara menerima kad merah, manakala empat lagi hukuman kerana mengkritik keputusan pengadil.

"Saya rasa ini keputusan tidak adil. Saya ingin memohon maaf kepada pegawai pasukan, rakan-rakan dan penyokong," jelas Ramos.

"Saya harap selepas ini mereka lebih tegas dan adil dan tidak ada lagi keputusan yang tidak betul."

Bagaimanapun Real mempunyai hak untuk merayu berkenaan keputusan ini.

Ramos bakal terlepas aksi la Liga bertemu Osasuna, Valencia dan Gatafe manakala satu lagi aksi separuh akhir Copa juga bertemu Valencia.

Kehilangan Ramos ini menyebabakan Jose Mourinho terpaksa mencari pengganti terbaik bagi barisan belakang skuadnya itu.

Artikel Lain