suria

Yuzy Racing Jalin Kerjasama Dengan Belia Felda

DALAM memastikan lebih lebih ramai bakat pelumba motosikal tempatan dicungkil, Yuzy Racing dan Majlis Belia Felda (MBF) menjalinkan kerjasama dengan menganjurkan program ‘Alam Permotoran Bersama Shahrol Yuzy’ bermula di Trolak, Perak, Ahad lalu.

Seramai 107 remaja menghadiri sesi pertama di mana kesemua mereka didedahkan dengan pengetahuan dan peraturan asas perlumbaan motosikal sebelum diberi peluang menguji jentera perlumbaan sebenar yang digunakan di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

“Kami mahu melahirkan lebih ramai pelumba profesional dikalangan remaja Felda ini.

"Ramai diantara mereka mempunyai kebolehan dan mahu menjadi pelumba namun tidak tahu bagaimana caranya. Mereka juga tidak mempunyai ruang bagi mempamerkan kebolehan yang ada.

“Sepanjang program, selain menerima pendedahan awal terhadap dunia perlumbaan profesional, remaja-remaja ini berpeluang mengenakan sut lengkap perlumbaan termasuk topi keledar perlumbaan sebenar, malah dapat menguji jentera dan menonjolkan kebolehan di litar yang selamat,” jelas bekas pelumba MotoGP negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini

Program ini dijadualkan akan terus menjelajah beberapa lokasi di seluruh negara sepanjang tahun 2013 dengan mensasarkan golongan remaja khususnya generasi kedua dan ketiga Felda.

“Program ini sangat berguna dan memberi faedah khususnya kepada golongan belia Felda.

"Kami berharap untuk jangka masa panjang ia dapat membentuk cara hidup sihat dikalangan remaja dan pada masa sama dapat membakar semangat mereka untuk menjadikan perlumbaan profesional sebagai satu karier.”

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain