suria

Liga Super: PKNS FC Tekad Bangkit Cari Mata Bertemu ATM Esok

TEWAS 2-1 Kepada Kelantan pada aksi pertama Liga Super pada Rabu, kini pasukan Selangor PKNS FC bertekad untuk bangkit mencari mata menjelang perlawanan kedua pertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Sabtu ini.

Ketua jurulatih PKNS FC, Abdul Rahman Ibrahim mengakui tiga perlawanan pertama musim ini agak sengit apabila diundi bertemu Kelantan, ATM dan Lions XII.

"Pada aksi pertama sebelum ini, kami cuba melakukan serangan mengejut dan dalam masa cuba untuk bertahan namun ia belum mencukupi.

"Mereka mempunyai pemain utama yang berbahaya, namun saya yakin kekalahan tipis ini tidak menggugat semangat pemain-pemain saya.

"Esok kami akan bertemu dengan Tentera yang mana saya sedar mereka akan bermain habis-habisan untuk mencari mata kerana pada perlawanan pertama baru-baru ini Tentera juga tewas.

"Kita perlu menang kerana sekiranya kalah kita akan kehilangan banyak mata," jelasnya kepas mStar Online, Jumaat.

Abdul Rahman berkata, perlawanan menentang ATM nanti dianggap lebih terbuka kerana kedua-dua pasukan mahukan kemenangan.

"Ia bakal menjadikan perlawanan lebih menarik dan saya pasti semua pemain juga telah bersedia.

"Persiapan pasukan saya juga berjalan lancar dan gembira semua pemain tiada mengalami sebarang kecederaan," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain