suria

Liverpool Masih Sayangkan Dalglish Mungkin Tawar Jawatan Duta Khas

BEKAS PENGURUS Liverpool, Kenny Dalglish nampaknya masih lagi disayangi oleh pucuk pimpinan kelab itu apabila mereka sedang menimbangkan untuk menawarkannya jawatan duta khas.

Jawatan itu pernah disandang oleh Dalglish pada tahun 2009 ketika Rafa Benitez menjadi pengurus.

Dalglish telah dipecat sebagai pengurus Liverpool menjelang akhir musim lalu kerana kelab itu mahukan seorang pengurus muda yang dapat membawa mereka ke tahap berikutnya.

Beliau dipecat walaupun berjaya memenangi Piala Carling dan membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala FA.

Tempatnya digantikan oleh Pengurus Swansea Brendan Rodgers.

Artikel Sebelum

Artikel Lain