suria

Isu Mat Yo Dengan Kafa Belum Selesai

Mat Yo (kiri) ketika beraksi dengan kelab barunya, Johor Darul Takzim bertemu Pahang pada Selasa malam. Pahang menang 3-2 pada perlawanan itu.

SELEPAS membantu pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjaringkan gol kedua pada aksi pertama Liga Super bertemu Pahang yang berlangsung pada Selasa, nama Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo terus menjadi perhatian.

Bukan kerana berjaya mencetak gol bersama kelab barunya itu, tetapi berkenaan isu status tebus kontrak yang berterusan dengan pasukan lamanya, Kelantan.

Biarpun dilaporkan Mat Yo telah menjelaskan sebanyak RM250,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), namun itu belum mencukupi.

Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa memberita media, pihaknya tidak dijelaskan tujuan pembayaran itu dibuat, sama ada yuran perpindahan ataupun pampasan tebus kontrak yang masih berbaki 13 bulan bersama Kelantan.

Beliau berkata, nilai pampasan tebus kontrak Mat Yo bukan RM250,000 tetapi RM318,500 berdasarkan jumlah gaji dan elaun rumah selama 13 bulan baki kontrak.

"Kami menunggu penjelasan mengenai bayaran itu. Mungkin mereka menganggap ia merupakan bayaran perpindahan seperti yang tercatat dalam Artikel 39.2," katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, Mat Yo masih belum mendapat sijil perpindahan daripada Kafa sekaligus dia tidak layak bermain dengan pasukan baru.

Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Status Pemain FAM baru-baru ini, jumlah maksimum yang ditetapkan kepada mana-mana pemain yang berpindah ke pasukan baru ialah RM250,000.

Artikel Sebelum

Artikel Lain