suria

Rafa Dedah Mahu Cari Pemain Baru

Rafael Benitez
Rafael Benitez
Rafael Benitez

PENGURUS sementara Chelsea, Rafael Benitez mengumumkan sudah tiba masanya kelab ini untuk mencari pemain baru sekiranya ingin meraih lebih kejayaan.

Katanya, masa untuk pemain-pemain veteran yang ada sekarang sudah hampir ke penghujung selepas kontrak salah seorang pemainnya, Frank Lampard,34, tidak disambung.

"Saya rasa mudah untuk bercerita tentang pemain lagenda dan dalam masa sama kamu perlu menghormati mereka.

"Apa yang telah mereka beri kepada kelab sangat menakjubkan.

"Tetapi kamu perlu mempunyai pemain baru bagi memastikan kejayaan. Inilah yang penyokong-penyokong mahukan," jelasnya.

Tambah Benitez, memang membanggakan kerana terdapat pemain berstatus lagenda, tetapi apa yang lebih penting ialah masa depan kelab.

"Kita tidak boleh bersikap menunggu, sebaliknya perlu mengubah kepada yang lebih baik," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain