suria

Messi Raih Gelaran Ballon d'Or Buat Kali Keempat Berturut-Turut

Wajah-wajah Messi selepas menerima Anugerah Ballon d'Or bagi tempoh empat tahun berturut-turut. Foto: AFP
Wajah-wajah Messi selepas menerima Anugerah Ballon d'Or bagi tempoh empat tahun berturut-turut. Foto: AFP
Wajah-wajah Messi selepas menerima Anugerah Ballon d'Or bagi tempoh empat tahun berturut-turut. Foto: AFP

PENYERANG sensasi Barcelona, Lionel Messi menerima trofi Pemain Terbaik Dunia FIFA (Ballon d'Or ) buat kali keempat berturut-turut pada satu majlis anugerah, awal pagi Selasa.

Pemain antarabangsa Argentina berusia 25 tahun itu mengetepikan pencabar terdekat, Christiano Ronaldo (Real Madrid) dengan mencatat 91 gol keseluruhan pada aksi 2012.

"Ia satu anugerah yang menakjubkan bagi tahun keempat berturut-turut. Saya mahu berkongsi anugerah ini bersama semua rakan sepasukan di Argentina dan Barcelona," jelasnya.

Walaupun Messi tidak berjaya membantu pasukannya meraih trofi dalam aksi Liga Juara-Juara dan La Liga musim lalu, dia tetap mencatat sejarah tersendiri dengan menjaringkan 12 gol di peringkat antarabangsa termasuk melakukan hatrik dan dua perlawanan.

Sementara itu, Ronaldo terpaksa berpuas hati berada di tempat kedua untuk kali ketiga selepas meraih gelaran tersebut pada tahun 2008, manakala pemain tengah Sepanyol, Andres Iniesta berada di tempat ketiga.

Tidak ada seorang pun pemain dalam Liga Perdana Inggeris yang terpilih untuk dinobatkan 11 pemain terbaik dunia.

FIFA/FIFPRO WORLD XI: Casillas, Alves, Pique, Ramos, Marcelo, Xavi, Alonso, Iniesta, Messi, Ronaldo, Falcao

Artikel Berikut

Artikel Lain