suria

Khabar Angin: Ferguson Mungkin Terpaksa Lepaskan Welbeck Secara Pinjaman

Danny Welbeck
Danny Welbeck
Danny Welbeck

MANCHESTER: Khabar angin kini bertiup kencang di Old Trafford mengatakan penyerang muda sensasi, Danny Welbeck akan dipinjamkan ke kelab Reading untuk baki musim ini.

Dan Pengurus United, Sir Alex Ferguson terpaksa menimbang tawaran itu memandangkan Welbeck, 22, kini telah menjadi penyerang pilihan keempat kelab itu.

Sejak ketibaan Robin van Persie dari Arsenal, Welbeck kini mendapati dirinya berada di belakang Wayne Rooney dan Javier Hernandez sebagai penyerang pilihan Ferguson.

Ferguson terpaksa melepaskan Welbeck beraksi sebagai pemain pinjaman ke kelab lain jika tidak mahu reputasinya sebagai pemain muda England terjejas menjelang kempen Piala Dunia nanti.

Di kelab lain Welbeck tidak syak lagi akan menjadi pemain pilihan utama setiap minggu.

Artikel Berikut

Artikel Lain