suria

Tito Kembali Ke Padang Saksikan Pasukannya Tumpaskan Espanyol 4-0

TITO VILANOVA kembali bertugas dengan penuh bergaya selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan buat kali yang kedua apabila Barcelona menumpaskan jiran mereka Espanyol 4-0.

Kemenangan tersebut meletakkan Barça 16 mata di hadapan pesaing tradisi mereka, Real Madrid.

Vilanova duduk bersebelahan penolongnya Jordi Roura.

Jurulatih berusia 44 tahun itu menjalani pembedahan pada 20 Disember lalu dan kini terpaksa berulang-alik melakukan rawatan susulan iaitu kimoterapi dan radioterapi.

Dalam perlawanan menentang Espanyol itu, Xavi melakukan jaringan pertama selepas minit ke-30 sebelum Pedro menjaringkan dua gol dan kemudian giliran Lionel Messi pula untuk menjaringkan golnya yang pertama bagi tahun 2013 daripada sepakan penalti.

Penyerang Argentina itu telah menjaringkan 91 gol sepanjang tahun 2012.

Artikel Lain