suria

Pahang, Selangor Dan Perak Catat Kemenangan Pertama Liga Super Musim Ini

Penjaring gol kemenangan Pahang, Surendren berlari selepas berjaya menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super menentang Johor di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, malam Selasa. 
Pahang 3-2 Johor. 

-fotoBERNAMA
Penjaring gol kemenangan Pahang, Surendren berlari selepas berjaya menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super menentang Johor di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, malam Selasa. 
Pahang 3-2 Johor. 

-fotoBERNAMA
Penjaring gol kemenangan Pahang, Surendren berlari selepas berjaya menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super menentang Johor di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, malam Selasa. 
Pahang 3-2 Johor. 

-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pendatang baru Liga Super musim ini, Pahang bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatatkan kemenangan tipis, 3-2 ke atas pasukan berbelanja besar, Johor Darul Takzim FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam Selasa.

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-10 sebelum bekas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha menambah gol kedua pada minit ke-25.

Skuad Tok Gajah yang tidak berputus asa bangkit mengurangkan defisit jaringan menerusi Mohd Fauzi Roslan pada minit ke-48 sebelum beliau mencipta gol peribadi kedua pada minit ke-72.

R.Surendran muncul wira pasukan Pahang dengan gol kemenangan pada minit ke- 82 untuk membolehkan mereka mengutip tiga mata pertama sekaligus menerajui takhta Liga Super.

Turut mencatatkan kemenangan ialah Selangor yang menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Shah Alam hasil jaringan S. Kunalan pada minit ke-68.

Perak turut mengutip tiga mata penuh selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas wakil kelab dari Terengganu, T-Team di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.

Gol berkenaan hasil jaringan pemain T-Team sendiri iaitu Muhd Nuraliff Zainal Abidin pada minit-minit akhir perlawanan.

Terdahulu, pada perlawanan sebelah petang, Terengganu dan Felda United berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Penyerang import skuad 'The Settlers' dari Lubnan, Mohammed Ghaddar Mahmoud membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-53 sebelum Ismail Faruqi menyamakan kedudukan untuk skuad Penyu, lima minit kemudian.

Dua perlawanan Liga Super akan berlangsung malam Rabu melibatkan pertemuan Kelantan menentang Selangor PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, manakala juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2013, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melayan kunjungan Lions XII dari Singapura di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. - BERNAMA

Artikel Lain