suria

Fergie Mahu Lampard

MANCHESTER UNITED dilaporkan mahu membeli Frank Lampard dari Chelsea dan pemain superstar itu pun telah bersedia untuk meninggalkan London dan berhijrah ke Old Trafford.

Akhbar popular Britain, The Sun melaporkan, Sir Alex Ferguson yakin Lampard masih mempunyai sentuhan berbisa dan mampu menyumbangkan tenaga untuk barisan tengah United.

Lampard, 34, telah pun dimaklumkan oleh pengurusan kanan Chelsea yang dia boleh mencari kelab baru mulai bulan ini. Kontraknya akan berakhir Jun depan.

The Sun melaporkan United telah pun menghubungi agen Lampard untuk perbincangan lanjut.

Artikel Lain