suria

Bekas Penyerang Liverpool Dean Saunders Kini Pengurus Wolves

Dean Saunders
Dean Saunders
Dean Saunders

BEKAS PENYERANG Liverpool, Dean Saunders telah dilantik sebagai pengurus Wolverhampton Wanderers yang baru mengantikan Stale Solbakken yang dipecat Sabtu lalu.

Saunders, 48, sebelum itu mengurus Doncaster Rovers.

Berita mengenai pelantikan itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Doncaster, Gavin Baldwin yang telah pun bercakap dengan rakan sejawatannya dari Wolverhampton, Jez Moxey.

Saunders akan mencatat sejarah menjadi pengurus Wolves yang keempat dalam tempoh 12 bulan selepas Mick McCarthy, dipecat Februari tahun lalu, kemudian Terry Connor dan yang terbaru Solbakken pada Sabtu lalu.

Artikel Berikut

ATM Juara Piala Sumbangsih

Artikel Lain