suria

Dua Pasukan Futsal Dari Tawau Sertai Kejohanan Peringkat Kebangsaan

TAWAU: Tawau akan menampilkan dua pasukan futsal untuk menyertai sebarang kejohanan di peringkat kebangsaan, kata Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata pasukan itu akan dipilih melalui kejohanan Piala Salleh di gelanggang SG Futsal Jalan Bunga Raya yang bermula pada Sabtu.

"Para pengadil akan mencari pemain yang berpotensi dalam kejohanan tersebut dan kita yakin, Tawau mampu melahirkan pemain yang serba boleh dalam permainan futsal," katanya ketika ditemui pada kejohanan itu di sini.

Dalam kejohanan dua hari itu, seramai 96 pasukan berentap bagi merebut gelaran johan yang menawarkan wang tunai sebanyak RM5,000, manakala naib johan pula RM3,000.00, tempat ketiga RM2,000 dan keempat RM1,000. - BERNAMA

Artikel Lain