Alexandre Pato Akhirnya Tinggalkan Milan Untuk Kembali Ke Brazil - Sukan | mStar

Alexandre Pato Akhirnya Tinggalkan Milan Untuk Kembali Ke Brazil

Alexandre Pato
Alexandre Pato

PEMAIN AC Milan dari Brazil - Alexandre Pato - yang suatu ketika dahulu dilihat sebagai Socrates yang baru - kini telah kembali ke negaranya semula sebagai pemain juara kelab dunia, Corinthians.

Corinthians pada petang Jumaat telah bersetuju untuk membayar AC Milan £12.2 juta sebagai bayaran perpindahan untuk pemain berusia 23 tahun itu.

Perpindahan itu menamatkan pengembaraan Pato selama lima musim di San Siro yang menyaksikan prestasinya naik-turun.

Corinthians dalam satu kenyataan mengumumkan yang Pato bersetuju untuk menandatangani kontrak selama empat tahun.

Pato menyertai Milan pada tahun 2007 dari Internacional.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ATM Juara Piala Sumbangsih

Artikel Berkaitan

default image

Keputusan Liga Itali

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor