suria

Liverpool Lonjak Ke Tangga Kelapan

Suarez menjaringkan dua gol untuk The Reds.
Suarez menjaringkan dua gol untuk The Reds.
Suarez menjaringkan dua gol untuk The Reds.

LONDON: Liverpool membuka tirai tahun baru lebih bermakna apabila melonjak ke tangga kelapan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Sunderland 3-0 di Anfield, awal pagi Khamis.

Pasukan kendalian pengurus Brendan Rodgers itu mendahului awal menerusi jaringan penyerang muda Raheem Sterling pada minit ke-19.

Namun, penyerang berbisanya, Luis Suarez menggandakan jaringan tujuh minit kemudian.

Suarez terus mempamerkan aksi cemerlang apabila melengkapkan gol ketiga pada minit ke-52.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat permainan.

Kemenangan itu meletakkan Rodgers kembali dalam kedudukan selamat selepas Liverpool bergelut dengan prestasi tidak konsisten dalam aksi terdahulu.

Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut buat Sunderland, sekali gus menyaksikan skuad Black Cats itu hanya empat mata lagi untuk tersingkir dari liga.

Sunderland tewas 1-2 kepada Tottenham Hotspur di gelanggang sendiri, 29 Disember lalu.

Barisan pemain: Liverpool: Reina, Wisdom, Johnson, Agger, Skrtel, Gerrard, Henderson, Lucas, Downing, Sterling, Suarez

Sunderland: Mignolet; Gardner, Cuellar, Kilgallon, Rose; Johnson, Larsson, Colback, McClean; Sessegnon; Fletcher.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain