suria

Thierry Henry Tak Jadi Sertai Arsenal Secara Pinjaman

Thierry Henry.
Thierry Henry.
Thierry Henry.

ARSENE WENGER pada malam Selasa mengumumkan yang Thierry Henry tidak akan menyertai Arsenal secara pinjaman sepanjang bulan ini sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakkan media baru-baru ini.

Media massa Britain sebelum ini melaporkan yang Henry, 35, mungkin akan menyertai Arsenal secara pinjaman dari New York Red Bulls sebagaimana musim lalu.

Spekulasi itu semakin kencang apabila Henry dilihat menjalani latihan bersama-sama skuad Arsenal sepanjang Disember.

“Masalanya dia tidak bersedia untuk bermain secara kompetatif selepas berehat panjang. Buat masa ini, soal Henry bermain untuk Arsenal sepertimana musim lalu tidak berada dalam agenda kelab,” kata Wenger sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Sun, UK.

Henry telah menjaringkan 228 gol dalam 337 perlawanan untuk Arsenal iaitu satu rekod kelab.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain