suria

Gol Hernandez, Van Persie Bantu United Benam Wigan

Van Persie menjaringkan gol kedua United.
Van Persie menjaringkan gol kedua United.
Van Persie menjaringkan gol kedua United.

LONDON: Jaringan berharga oleh penyerang Javier Hernandez dan Robin van Persie menyaksikan Manchester United mengatasi Wigan 4-0 dan mengekalkan kedudukan teratas liga dengan tujuh mata.

Pemain kelahiran Mexico, Hernandez membuka jaringan seawal minit ke-35 sebelum Robin van Persie menjaringkan gol kedua, dua minit sebelum tamat babak pertama.

Memasuki minit ke-63, gol Hernandez sekali lagi membolosi gawang pasukan tuan rumah.

Van Persie melengkapkan gol keempat United pada minit ke-88.

Red Devils bermula perlahan pada babak pertama dan menunggu peluang untuk memanfaatkan kesilapan Wigan dengan menggunakan formasi 3-5-2.

Van Persie kini menjaringkan 64 gol dalam 76 penampilan terakhirnya dalam liga sejak Januari 2011.

Namun Ferguson masih mengharapkan corak permainan konsisten dan terbaik daripada anak buahnya meskipun mencatat 17 kemenangan daripada 21 perlawanan.

Wigan yang menurunkan Jordi Gomez dari bangku simpanan hampir menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-83 tetapi percubaannya tersasar.

Pasukan tuan rumah itu berada dalam zon penyingkiran berdasarkan perbezaan gol selepas Southampton terikat seri 1-1 dengan Arsenal di gelanggang sendiri.

Bagaimanapun, Southampton masih mempunyai baki satu perlawanan yang perlu diharungi.

Barisan pemain:

Wigan: Al Habsi; Ramis, Caldwell, Figueroa; Boyce, McCarthy, McArthur, Beausejour; Di Santo, Maloney, Kone. Pemain gantian: Pollitt, Jones, Gomez, McManaman, Boselli, Stam, Golobart.

United: De Gea; Rafael, Ferdinand, Evans, Evra; Young, Carrick, Cleverley, Giggs; van Persie, Hernandez. Pemain gantian: Lindegaard, Smalling, Vidic, Scholes, Valencia, Kagawa, Welbeck.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain