suria

Nani Tetap Kekal Di Old Trafford - Ferguson

LONDON: Sir Alex Ferguson menamatkan teka-teki mengenai masa depan pemain sayap Nani di Manchester United dengan menafikan khabar angin untuk membawa masuk penyerang Borussia Dortmund, Robert Lewandowski.

Nani diketepikan daripada skuad utama United kerana masih berehat panjang akibat kecederaan hamstring yang dialaminya.

Timbul khabar angin bahawa dia dikaitkan akan meninggalkan Old Trafford.

Namun Ferguson pantas menyangkal dakwaan bahawa pemain berusia 26 tahun itu bakal meninggalkan kelab tersebut.

Sebaliknya, Ferguson memberitahu tahap kecergasan Nani menghalangnya untuk beraksi bersama United.

"Dia masih cedera. Kontraknya bersama kelab masih lama. Kami memerlukannya. Dia mempunyai bakat yang menakjubkan," kata Ferguson.

Menurut beliau, Nani terpaksa dihantar ke Dubai untuk berehat dan sedang berusaha mengembalikan tahap kecergasannya.

Nani, Ferguson, Manchester United

Artikel Sebelum

Sunderland Buru Khidmat Cahill

Artikel Berikut

Artikel Lain