suria

Ronaldo Tetap Hormati Manchester United

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo

PENYERANG Real Madrid, Christiano Ronaldo mendedahkan dia tidak akan meraikan jaringan sekiranya berjaya meledak gol menjelang perlawanan Liga Juara-Juara (CL) bertemu Manchester United Februari ini.

United bakal berdepan dengan Real dalam kelompok terakhir 16 pasukan pada 13 Februari ini di Old Trafford.

"Saya tidak akan meraikannya kerana menghormati United yang telah meberi jalan kepada saya untuk beraksi dengan Real Madrid.

"Tanpa mereka, saya tidak akan jadi seperti sekarang," jelasnya.

Perlawanan itu sekaligus menyaksikan buat julung kalinya Ronaldo kembali ke Old Trafford selepas meninggalkan kelab itu pada tahun 2009.

Ronaldo,27, mula menyertai United dari Sporting Lisbon pada tahun 2003 dengan turut mencatat gelaran juara liga sebanyak tiga kali, Liga Juara-Juara, Piala FA Inggeris dan dua kali Piala Liga sepanjang dia berada di England.

"Saya masih lagi berhubung dengan pengurus United, (Sir Alex Ferguson). Saya rindukan dia dan juga Manchester United.

"Kami seperti dalam sebuah keluarga ketika di sana. Saya menyimpan enam tahun kenangan indah bersama United dan sehingga kini saya masih berhubung dengan rakan-rakan di Old Trafford," jelas Ronaldo.

Artikel Lain