suria

Rafa Intai David Villa

Villa menjadi perhatian empat kelab England termasuk Chelsea.
Villa menjadi perhatian empat kelab England termasuk Chelsea.
Villa menjadi perhatian empat kelab England termasuk Chelsea.

PENGURUS sementara Chelsea, Rafael Benitez merancang untuk mendapatkan penyerang Barcelona, David Villa menjelang tahun baru ini.

Rafa dikhabar akan menawarkan £12 juta (RM60juta) kepada Nou Camp bagi mendapatkan pemain tersebut.

"Kami kini bekerja keras untuk mendapatkan pemain yang sesuai pada Januari ini," jelas Benitez.

Sekiranya benar minat Chelsea ini untuk mendapatkan Villa, mereka dijangka akan turut menerima saingan daripada Manchester City, Liverpool dan Arsenal yang turut berminat mendapatkan pemain ini.

Namun Rafa yakin pemain itu akan memilih kelab ini kerana akan bersama rakan sepasukan negaranya, Fernando Torres.

Dalam pada itu juga, Rafa cuba mendapatkan Villa secara pinjaman, tetapi pengarah Barca, Andoni Zubizaretta berkata: "Perlu diingatkan bahawa kelab Barcelona tidak akan menerima sebarang tawaran untuk pemain bintang pada Januari ini."

Villa,31, dilihat tidak gembira berada di Barca selepas seringkali menjadi pemanas bangku musim ini setelah lapan bulan berehat gara-gara patah kaki.

Artikel Lain