suria

Liverpool Mahu Sambung Kontrak Gerrard

Steven Gerrard
Steven Gerrard
Steven Gerrard

PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers mengakui minatnya untuk terus mengikat kontrak Steven Gerrard secepat mungkin bagi memastikan dia terus kekal bersama The Reds.

Kapten berusia 32 tahun itu mempunyai baki kontrak 18 bulan lagi bersama pasukan ini dan berdasarkan prestasi semasanya ternyata The Reds terus menagih aksinya yang turut menjaringkan gol ketika mengalahkan Fulham 4-0 minggu lalu.

"Tidak timbul persoalan dia terus kekal di sini atau tidak.

"Dia adalah pemain penting walaupun usianya sudah 32 tahun, namun Gerrard masih mempunyai kelebihan tersendiri," jelas Rodgers yang mengambil alih kelab ini daripada pengurusan Kenny Dalglish awal musim ini.

Sebelum itu, pemain tengah England ini turut dikaitkan akan berpindah ke Chelsea selepas pasukan itu menjulang trofi Liga Juara-Juara (CL) 2004 dengan menewaskan AC Milan, namun dia terus kekal bersama The Reds sehingga hari ini.

Sementara itu pengurus Real Madrid, Jose Mourinho yang sebelum ini mengendalikan kelab Chelsea turut menaruh minat mendapatkan terhadap Gerrard seperti mana pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson yang sentiasa menyebut nama pemain itu.

Artikel Lain