suria

Tenis: Nadal Perlu Masa Untuk Kembali Cergas

Nadal tidak mengharapkan dia cergas sepenuhnya sehingga Mac ini.
Nadal tidak mengharapkan dia cergas sepenuhnya sehingga Mac ini.
Nadal tidak mengharapkan dia cergas sepenuhnya sehingga Mac ini.

PEMAIN tenis nombor empat dunia, Rafael Nadal tidak menaruh harapan tinggi untuk kembali cergas sepenuhnya sebelum Mac ini selepas hampir enam bulan berehat akibat kecederaan di bahagian lutut.

Nadal bakal kembali beraksi pada Kejohanan Tenis Dunia Mubadala di Abu Dhabi minggu ini dan pemain berusia 26 tahun itu tidak gusar dengan keputusan saingan tersebut nanti.

Sebaliknya, dia memberi masa kepada dirinya sehingga Mac tahun depan untuk cergas sepenuhnya seperti dulu dengan kejohanan Indian Wells sebagai sasaran.

"Saya perlu lihat sejauh mana perkembangan dan kemampuan diri selepas berehat selama enam bulan akibat kecederaan lutut.

"Kembali berdepan dengan pemain lain pada peringkat yang tinggi, ia sesuatu yang mencabar," katanya.

Selepas kekalahan mengejut ke atas pemain Republik Czech, Lukas Rosol pada pusingan kedua Wimbledon, Jun lalu, Nadal disahkan mengalami kecederaan yang agak serius pada lutut kirinya.

Kecederaan tersebut turut menyebabkan juara 11 kali grand slam itu gagal mempertahankan gelaran juara pada Sukan Olimpik di London baru-baru ini.

"Saya tidak terlalu fokuskan kepada keputusan. Apa yang penting, saya mahu melihat sejauh mata lutut saya mampu memberi kesan dalam setiap perlawanan yang saya lalui nanti.

"Saya mahu memastikan diri saya cukup bersedia, tanpa perlu risau kecederaan tersebut akan berulang.

"Saya akan bermain mengikut kemampuan saya,"jelasnya yang turut terlepas aksi Terbuka AS baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain