suria

Sturridge Sah Sarung Jersi Liverpool

Sturridge menjalani ujian perubatan pada Ahad sebelum beralih ke Liverpool.
Sturridge menjalani ujian perubatan pada Ahad sebelum beralih ke Liverpool.
Sturridge menjalani ujian perubatan pada Ahad sebelum beralih ke Liverpool.

PENYERANG Chelsea, Daniel Sturridge menjalani ujian perubatan di Liverpool pada Ahad sebelum berpindah ke kelab Merseyside itu dengan nilai RM59 juta.

Menurut satu kenyataan, Liverpool bersedia melengkapkan perjanjian dengan juara Eropah itu selepas pertikaian bersama ejen penyerang itu diselesaikan.

Bekas penyerang Manchester City berusia 23 tahun itu hanya tampil dalam tujuh perlawanan liga buat Chelsea musim ini, menjaringkan satu gol liga menentang Tottenham, dua bulan lalu.

Sturridge, yang memiliki empat cap bersama England, menjaringkan 24 gol dalam 96 penampilan sejak tiba di Stamford Bridge pada 2009.

Sturridge, Liverpool, Merseyside

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain