suria

Liverpool Terus Ikat Sterling

Raheem Sterling
Raheem Sterling
Raheem Sterling

PEMAIN sayap Liverpool, Raheem Sterling meneruskan masa depannya dengan kelab itu selepas bersetuju untuk menandatangani kontrak dalam tempoh yang panjang.

Pemain berusia 18 tahun itu sentiasa menjadi pilihan pengurus pasukan, Brendan Rodger musim ini.

"Ia adalah satu mimpi kepada semua pemain muda yang berusia 18 tahun. Saya bersyukur dapat bersama dengan kelab besar ini.

"Banyak perkara lagi yang perlu dilakukan," jelasnya.

Sterling, menyertai akademi kelab ini dari QPR pada 2010 telah mencatat 25 kali berada dalam barisan utama musim ini sekaligus menjadi pemain paling muda di kelab, malah di peringkat antarabangsa apabila turut bersama England ketika menentang Sweden.

Bagaimanapun tempoh kontrak Sterling bersama Liverpool tidak dinyatakan.

Liverpool, Raheem Sterling, QPR, England

Artikel Lain