suria

Maradona Sedia Kemudi Pasukan Iraq

DIEGO Maradona (gambar) dijangka akan mengemudi pasukan Iraq dan membawa pasukan itu ke Piala Dunia 2014 di Brazil.

Maradona yang sebelum ini menjadi penasihat dan juga jurulatih di kelab Al Wasl kini masih menunggu perbincangan lanjut bersama Persekutuan Bola Sepak Iraq mengenai jawatan tersebut.

"Diego adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan setiap hari menghubungi kami. Dia tidak mahu menjadi jurulatih di Iraq untuk tempoh enam bulan atau beberapa bulan, tetapi mahu tempoh yang panjang," jelas ejen Hernan Tofoni yang menguruskan perbincangan ini.

Tofoni yang merupakan ejen FIFA berkata, dia mencadangkan nama Maradona apabila Iraq mencari jurulatih dari Argentina dan mereka gembira dengan idea ini.

Pasukan Iraq pernah melangkah kaki ke aksi Piala Dunia buat kali pertama pada tahun 1986 di Mexico yang menyaksikan Maradona membawa pasukan Argentina meraih gelaran juara kali kedua.

Diego Maradona, Piala Dunia, Iraq, Brazil

Artikel Sebelum

Artikel Lain