Skuasy: Wee Wern Tewas Saingan Suku Akhir Terbuka Dunia - Sukan | mStar

Skuasy: Wee Wern Tewas Saingan Suku Akhir Terbuka Dunia

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy nombor dua Malaysia, Low Wee Wern tersingkir daripada Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia yang sedang berlangsung di Kepulauan Cayman pada Rabu.

Dalam perlawanan suku akhir di Camana Bay, pemain nombor tujuh dunia itu kalah kepada pemain England Laura Massaro, 11-8, 4-11, 5-11 dan 5-11 dalam 45 minit.

Cabaran Malaysia pada kejohanan itu akan diteruskan ratu skuasy negara yang juga pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sukan Terjun: Huang Qiang Perbaharui Kontrak

Lebih Artikel

Suspek samun stesen MRT dikenal pasti

Hotel di Makkah hangus dijilat api