suria

Pusingan 16 Terakhir Liga Juara-Juara Eropah - United Jumpa Real Madrid

MANCHESTER United diundi bertemu Real Madrid pada pusingan 16 terakhir saingan Liga Juara-Juara Eropah manakala Arsenal akan menentang Bayern Munich selepas undian diadakan di Nyon, Switzerland.

Juara Liga Scotland, Celtic akan bertemu gergasi Itali, Juventus.

Pusingan pertama akan berlangsung pada 12, 13, 19 dan 20 Februari manakala perlawanan timbal balik pada 5, 6, 12 dan 13 Mac depan.

Pasukan pilihan Barcelona diundi bertemu bekas juara AC Milan yang bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Naib Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu berkata, Milan adalah sebuah kelab yang terhebat di Eropah dan beliau menghormati kelab tersebut.

Undian pusingan 16 terakhir:

Galatasaray lwn FC Schalke

Celtic lwn Juventus

Arsenal lwn Bayern Munich

Shakhtar Donetsk lwn Borussia Dortmund

AC Milan lwn Barcelona

Real Madrid lwn Manchester United

Valencia lwn Paris Saint-Germain

Porto lwn Malaga

Artikel Sebelum

Artikel Lain