suria

Pemain Muda Sensasi Liverpool Raheem Sterling Akhirnya Setuju Tandatangan Kontrak Baru

Raheem Sterling
Raheem Sterling
Raheem Sterling

RAHEEM STERLING, pemain muda sensasi Liverpool menamatkan sebarang spekulasi mengenai masa depannya bersama kelab itu apabila akhirnya bersetuju untuk menandatangani perjanjian kontrak baru.

Ini sekaligus mengecewakan Manchester United dan Arsenal yang dikatakan berminat untuk memperolehi khidmat pemain berusia 18 tahun itu.

Menurut akhbar berpengaruh Britain, The Sun, Sterling bakal menandatangani kontrak baru bernilai £40,000 seminggu selama lima tahun.

Kontrak Sterling kini hanya tinggal 18 bulan sahaja lagi untuk tamat sekaligus mencetuskan spekulasi mengenai perpindahannya ke kelab lain.

Bagaimanapun, bimbang tidak akan menjadi pemain pilihan kesebelasan utama mendorong Sterling untuk teruk kekal bersama Liverpool.

Artikel Sebelum

Artikel Lain