suria

PABM Akan Kemuka Surat Cadangan Tarikh AGM

KUALA LUMPUR: Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) akan mengemukakan surat berhubung cadangan tarikh mesyuarat agung tahunannya (AGM) kepada Pesuruhjaya Sukan Datuk Mohd Yassin Mohd Salleh dalam masa terdekat.

"Dalam masa dua atau tiga hari lagi, kami akan menghantar surat kepada Pesuruhjaya Sukan bagi menetapkan tarikh AGM," kataPresiden PABM Zafarul Akhbar Kassim kepada pemberita selepas mesyuarat exco PABM di sini Rabu.

Menurutnya, dua tarikh yang dicadangkan pada mesyuarat hari ini ialah sebelum atau selepas tempoh yang diarah Pesuruhjaya Sukan.

Mohd Yassin sebelum ini dilaporkan meminta badan induk itu mengadakan AGM sebelum akhir bulan ini. PABM sepatutnya mengadakan AGM Mac lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain