suria

Toure Bantu City Benam Newcastle

Toure menjaringkan gol ketiga City.
Toure menjaringkan gol ketiga City.
Toure menjaringkan gol ketiga City.

YAYA Toure sekali lagi muncul wira Manchester City selepas membantu juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu menewaskan Newcastle 3-1 di St James' Park, malam Sabtu.

Toure menjaringkan gol ketiga City pada minit ke-78 untuk menyekat harapan pasukan tuan rumah bangkit selepas Demba Ba membuka jaringan pada minit ke-51.

City terlebih dahulu mendahului dengan 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Sergio Aguero (10) dan Javi Garcia (39).

Toure menjaringkan lebih banyak gol menentang Newcastle berbanding kelab Liga Perdana Inggeris yang lain.

Ketiga-tiga gol hadir dalam dua perlawanan terakhir di St James' Park.

City kini ketinggalan tiga mata di belakang seteru utama, Manchester United sebelum pasukan kendalian pengurus Sir Alex Ferguson itu menentang Sunderland dalam perlawanan berasingan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain