suria

Skuad Terjun Tambah Koleksi Emas Negara

JUARA... Atlet Terjun Negara, Bryan Nickson Lomas (kiri) dan Leong Mun Yee (kanan) berjaya mendapat pingat emas bagi acara 1 meter papan anjal Individu Lelaki dan Platform Individu Wanita pada Temasya Sukan Unversiti Asean (AUG) kali ke-16 di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional di sini, Jumaat. --fotoBERNAMA

VIENTIANE: Dua penerjun negara Bryan Nickson Lomas dan Leong Mun Yee menepati status selaku penerjun Olimpik apabila menyumbang dua butir emas pada temasya Sukan Universii Asean (AUG 2012) di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Nasional, di sini, Jumaat.

Bryan meraih pingat emas dalam acara 1m papan anjal individu lelaki manakala Leong Mun Yee merangkul pingat emas kedua apabila menungguli acara 10m platform individu wanita.

Semalam, Mun Yee menyumbang emas pertama negara dalam acara terjun apabila menang acara 1m papan anjal individu.

Pada saingan hari ini, Bryan mencatatkan 353.00 mata untuk menghuni kedudukan teratas, sekali gus menewaskan pencabar terdekat Andriyan dari Indonesia di tangga kedua dengan 295.05 mata.

Manakala penerjun tuan rumah Laos, Chanthakaly Philavanh yang mencatat 182.95 mata membawa pulang pingat gangsa. "Saya sangat gembira dapat menyumbang pingat emas tetapi tidak berpuas hati dengan persembahan kali ini. Terjunan kedua dan ketiga tadi teruk, saya pun terkejut mungkin terlalu selesa," kata Bryan kepada pemberita selepas saingan tersebut.

Sementara itu, Mun Yee membuat catatan 281.70 mata untuk menewaskan Della Dinarsari Harimurti dari Indonesia yang mengumpul dengan 223.95 mata.

Pingat gangsa disandang oleh penerjun Filipina, Rebecca Pahoyo, dengan mata 205.10. "Saya berpuas hati dengan persembahan hari ini, walaupun kurang penyertaan saya lihat penerjun dari Indonesia berpotensi dan beri saingan kepada saya," kata Mun Yee.

Acara terjun dijangka menyumbang satu pingat emas dalam acara 3m papan anjal wanita individu menerusi Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hoong esok. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain