suria

Lampard Mahu Bersara Di Stamford Bridge

Frank Lampard
Frank Lampard
Frank Lampard

PEMAIN tengah veteran Chelsea, Frank Lampard mahu beraksi dua atau tiga tahun lagi dan ingin mengakhiri kariernya di Stamford Bridge.

Kontrak pemain antarabangsa England berusia 34 tahun itu bakal tamat penghujung musim ini dan masih sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan berkenaan kontrak baru.

"Belum ada sebarang perbincangan mengenai setahun atau dua tahun kontrak. Segalanya terpulang kepada Chelsea.

"Apa pun yang berlaku saya melalui saat gembira bersama kelab ini, mungkin tidak ada perkara yang kekal selamanya walaupun saya sangat berharap untuk menamatkan karier bersama Chelsea," jelasnya.

Lampard yang telah menjulang pelbagai kejayaan sepanjang bersama Chelsea termasuk trofi Liga Juara-Juara (CL) Mei lalu dilihat bekerja keras untuk terus bersama The Blues yang kini telah masuk tahun ke-11.

"Saya bukan seorang pemain yang hanya mahu memanaskan bangku simpanan. Saya mahu terlibat sama.Itu adalah sikap saya dan akan melakukan apa sahaja," katanya yang baru kembali bermain selepas enam minggu berehat kerana kecederaan.

Lampard sebelum ini dikaitkan akan bersama bekas kelab David Beckham, Los Angeles Galaxy dan kelab China mengikuti jejak langkah rakan sepasukannya, Didier Drogba serta Nicolas Anelka.

"Saya tidak boleh jangka apa yang berlaku. Tetapi saya yakin masih mempunyai dua atau tiga tahun untuk berada dalam prestasi terbaik.

"Ia bukan keputusan saya," jelasnya yang kini berada di tempat ketiga jumlah jaringan tertinggi dengan 189 gol keseluruhan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain