suria

Paralimpiad: Sarawak Terus Kuasai Pungutan Pingat Keseluruhan

KUANTAN: Sarawak meneruskan penguasaan pada Kejohanan Sukan Paralimpiad Malaysia ke-16 apabila mengekalkan kedudukan di tangga teratas secara keseluruhan.

Kontinjen negeri Bumi Kenyalang itu, yang muncul juara keseluruhan sembilan kali berturut-turut sejak 1994, hampir berjaya mengekalkan rekodnya selepas mengumpul 72 pingat emas, 61 perak dan 51 gangsa.

Kontinjen Johor pula di tempat kedua dengan jumlah pungutan pingat 59 emas, 35 perak dan 37 gangsa manakala tempat ketiga diisi skuad Terengganu yang memungut pingat 28 emas, 14 perak dan 15 gangsa.

Sukan itu, yang disertai lebih 2,500 atlet dan pegawai daripada 15 kontinjen, menawarkan sejumlah 1,119 pingat keseluruhan termasuk 373 emas dalam 17 acara yang dipertandingkan.

Temasya sukan yang berakhir Jumaat itu melibatkan atlet dalam enam kategori kecacatan iaitu cacat anggota, penglihatan, spastik, akal, pekak dan kerdil. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain