Sukan Universiti Asean 2012 Dibuka Dalam Suasana Meriah - Sukan | mStar

Sukan Universiti Asean 2012 Dibuka Dalam Suasana Meriah

VIENTIANE: Upacara pembukaan rasmi temasya Sukan Universiti Asean (AUG) kali ke-16 berlangsung daalm suasana meriah dengan pertunjukkan bunga api dan persembahan kebudayaan tempatan di Stadium Kompleks Sukan Nasional, di sini, Rabu.

Lebih 1,600 penonton menyaksikan acara pembukaan kejohanan yang disertai 11 kontinjen dari Laos selaku tuan rumah, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Brunei, Thailand dan Timor Leste.

Ia dirasmikan Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong.

Malaysia buat julung kali menghantar kontinjen terbesar ke temasya sukan dwitahunan itu dengan 360 atlet dan pegawai dengan meletakkan sasaran 36 pingat emas.

Seramai 220 atlet negara menyertai acara perarakan kontinjen dengan penerjun negara Leong Mun Yee diberi penghormatan sebagai pembawa bendera negara Jalur Gemilang.

Sebanyak 245 pingat emas, 245 perak dan 387 gangsa membabitkan 17 acara sukan ditawarkan pada edisi kali ini terjun, renang, olahraga, memanah, badminton, bola keranjang, bola sepak, judo, karate, sepak takraw, ping pong, taekwondo, tenis, bola tampar, pencak silat, petanque dan muay thai.

Pada edisi 2010 di Chiang Mai, Thailand, kontinjen Malaysia meraih 37 emas, 36 perak dan 44 gangsa iaitu di tangga ketiga kedudukan pingat.

Tuan rumah Thailand mengungguli temasya dengan 58 emas, 61 perak dan 50 gangsa manakala Indonesia di tempat kedua dengan 46 emas, 51 perak dan 50 gangsa. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Skuad Memanah Tidak Mahu Mendabik Dada

Artikel Berikut

Suzuki Intai Aksi MotoGP 2014

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain