suria

Messi Lebur Rekod 40 Tahun

Messi memecah rekod jaringan berusia 40 tahun yang dilakukan pemain Jerman, Mueller (kiri). Foto:EPA
Messi memecah rekod jaringan berusia 40 tahun yang dilakukan pemain Jerman, Mueller (kiri). Foto:EPA
Messi memecah rekod jaringan berusia 40 tahun yang dilakukan pemain Jerman, Mueller (kiri). Foto:EPA

PEMAIN terbaik dunia, Lionel Messi telah memecahkan rekod jaringan terbanyak dalam setahun milik Gerd Mueller dari Jerman yang tersimpan selama 40 tahun selepas menjaringkan gol ke-86 tahun ini pada Ahad.

Penyerang Argentina itu menjaringkan kedua-dua gol Barcelona ketika menewaskan Real Betis 2-1 pada aksi di Liga Sepanyol.

Mueller telah mencipta rekod penjaring terbanyak dalam setahun pada 1972 dengan 85 gol ketika mewakili Bayern Munich dan Jerman Barat.

Messi, 25, sebelum ini mengatasi pencapaian legenda bola sepak dunia dari Brazil, Pele yang mengumpul 75 gol untuk negaranya dan Santos pada tahun 1958 menerusi jaringan ke-75 dan ke-76 tahun ini pada 11 November lepas.

Pemain dari Rosario, Santa Fe ini bakal mengukuhkan peluangnya mencatat satu lagi rekod andai dianugerah Ballon d’Or buat kali keempat berturut-turut.

Messi juga dua kali memenangi anugerah pemain terbaik Piala Dunia Fifa selain menjadi pendahulu senarai penjaring terbanyak Barcelona dengan 283 gol dalam semua kejohanan.

Messi menjaringkan 31 gol dalam 76 perlawanan bersama Argentina, satu rekod yang mengecewakan dan tidak mampu menyelamatkan negaranya dari tersingkir di suku akhir Piala Dunia 2010 dan Copa America yang dianjur negaranya tahun lalu.

Lionel Messi, Gerd Mueller, Jerman

Artikel Berikut

Artikel Lain