suria

Real Madrid Menang Besar 4-1 Tumpaskan Ajax

MADRID: Real Madrid merakam kemenangan bergaya 4-1 ke atas kelab Belanda, Ajax namun terpaksa berpuas hati di tangga kedua Kumpulan D dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi Rabu.

Gol Real diperoleh menerusi Cristiano Ronaldo, Kaka dan dua jaringan ole Jose Callejon dalam aksi di Stadium Santiago Bernabeu.

Namun, tempat teratas kumpulan berkenaan direbut Borussia Dortmund yang menewaskan Manchester City 1-0.

Ajax memperoleh gol sagu hati menerusi Derk Boerrigter. Begitupun Ajax tetap lega apabila layak ke saingan Liga Europa apabila merebut tempat ketiga kumpulan berkenaan selepas City tercorot.

Jurulatih Madrid, Jose Mourinho memuji persembahan pemainnya terutama bekas pemain tengah Tottenham, Luka Modric, yang membuka peluang jaringan kepada rakannya.

“Modric sudah menunjukkan persembahan yang baik menerusi beberapa perlawanan dan tiada siapa yang boleh menafikan kebolehannya. Ia bagus untuk masa depan kelab ini," katanya. - AFP

Artikel Lain