suria

Pengurus City Roberto Mancini Tidak Rasa Malu Walau Tersingkir Dari Kejohanan Eropah

PENGURUS MANCHESTER CITY, Roberto Mancini menegaskan beliau sedikit pun tidak berasa malu kerana gagal membawa pasukannya ke pusingan kalah mati dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Malah Man City turut gagal melayakkan diri dalam Liga Europa iaitu satu lagi liga untuk pasukan-pasukan Eropah yang lain.

Bagaimanapun, Mancini mengakui pasukannya kini berhadapan dengan masalah menjaringkan gol di peringkat Eropah.

Borussia Dortmund pada awal pagi Khamis menumpaskan City 1-0 sekaligus menjadikan City sebagai kelab Inggeris yang pertama gagal memenangi sebarang perlawanan dalam peringkat kumpulan pada kejohanan itu.

"Kamu tidak perlu berasa malu jika telah bermain 100%...tapi pada masa yang sama jika kamu mahu menang kamu harus menjaringkan gol. Ini yang City gagal lakukan," kata Mancini.

Mancini juga menegaskan tersingkirnya mereka dari kejohanan Eropah musim ini tidak akan sama sekali menjejaskan persiapan mereka untuk menentang Manchester United Ahad ini.

Di peringkat liga domestik, City masih mengekalkan rekod tanpa kalah dan merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum ditewaskan oleh mana-mana pasukan pun lagi.

City kini berada di tangga kedua di belakang United.

Artikel Lain