suria

Piala AFF: Jualan Tiket Malaysia-Indonesia Di Perhimpunan Agung Umno

KUALA LUMPUR: Kehangatan perlawanan bola sepak Kumpulan B Piala AFF Suzuki antara skuad Harimau Malaya dan Indonesia malam ini turut dirasai di Perhimpunan Agung Umno 2012 yang menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut membuat jualan tiket di sini.

"Dalam setengah jam pertama sahaja, 200 daripada 3,000 keping tiket yang kami bawa sudah dijual," kata wakil Jawatankuasa Tiket, Roslan Mohd Ibrahim.

Tiket dijual pada harga RM30 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Perlawanan malam ini bakal menentukan nasib skuad negara sama ada mara ke peringkat separuh akhir atau terkandas dalam misi mempertahan kejuaraan yang diraih pada 2010.

Dalam dua perlawanan pertama, pasukan Malaysia tewas 0-3 kepada Singapura dan menang besar 4-1 dalam pertemuan dengan Laos. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain