suria

Terbuka Hong Kong: Nicol Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Pemain No 1 dunia Datuk Nicol David mara ke suku akhir kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong 2012 di Pusat Skuasy Hong Kong Khamis.

Menurut laman web kejohanan www.hksquash.com, Nicol mengalahkan pemain tuan rumah Joey Chan 11-5, 11-5 dan 11-1 dal;am masa 27 minit.

Bagaimanapun pemain kedua negara Low Wee Wern gagal ke pusingan seterusnya apabila tunduk kepada pemain Perancis, Camille Serme 11-5, 10-12, 3-11 dan di set keempat 7-9.

Camille akan bertemu Rachael Grinham dari Australia di suku akhir yang mengalahkan Oshana Chinappa dari India 11-4, 10-12,12-10 dan 17-15 dalam masa 65 minit.

Dalam kategori lelaki, pemain negara Ong Beng Hee gagal ke pusingan seterusnya apabila kalah kepada pemain nombor satu dunia James Willstrop dari England 8-11, 9-11 dan 7-11. BERNAMA

Artikel Lain