suria

Scolari Kembali Bimbing Pasukan Brazil

Scolari (kiri) berjabat tangan dengan Parreira selepas masing-masing dilantik sebagai jurulatih dan pengarah teknikal pasukan Brazil.
Scolari (kiri) berjabat tangan dengan Parreira selepas masing-masing dilantik sebagai jurulatih dan pengarah teknikal pasukan Brazil.
Scolari (kiri) berjabat tangan dengan Parreira selepas masing-masing dilantik sebagai jurulatih dan pengarah teknikal pasukan Brazil.

LUIZ Felipe Scolari dilantik kali kedua sebagai ketua jurulatih Brazil selepas negara itu memecat Mano Menezes pada Jumaat lalu.

Scolari pernah mengendali pasukan Brazil pada tahun 2002 sekali gus menjadi juara Piala Dunia dengan menewaskan Jerman 2-0.

Scolari,64, secara rasminya dilantik menjadi jurulatih Brazil bagi persiapan Piala Dunia 2014 yang turut menjadi tuan rumah kejohanan ini.

Manakala Carlos Alberto Parreira yang turut menjulang nama Brazil menjadi juara kali keempat Piala Dunia pada tahun 1994 dilantik sebagai Pengarah Teknikal.

Pengumumuan ini dibuat dua hari sebelum majlis pengundian Piala Konfederasi 2013 yang menyaksikan Brazil akan menjadi tuan rumah.

"Jika kamu tidak suka tekanan, lebih baik pergi jauh dan bekerja di Bank Brazil atau duduk di pejabat tanpa melakukan apa-apa.

"Ia sesuatu yang tidak kena jika tidak ada sebarang tekanan dan dalam masa sama sudah pasti pemain-pemain tidak mempunyai sasaran yang tinggi.

"Tetapi sebenarnya ia adalah salah satu sasaran penting penting, meraih gelaran keenam di tempat sendiri," jelas Scolari.

Menurut Scolari, tekanan lebih dirasai ketika mengambil alih skuad Brazil pada tahun 2001 yang hampir terkeluar pada aksi Piala Dunia pada tahun berikutnya.

Berdasarkan rekod, Scolari telah membawa kejayaan dalam tiga kejohanan utama untuk Portugal, menjadi jurulatih di England, Uzbekistan, Kuwait, dan Arab Saudi.

Rekod kejayaan Scolari di peringkat antarabangsa:

2002: Jurulatih Brazil- Juara Piala Dunia (Tewaskan Jerman 2-0)

2004: Jurulatih Portugal - Final Euro 2004

2006: Jurulatih Portugal- Meraih tempat keempat Piala Dunia

Artikel Lain