suria

Keun Ho, Miyama Dinobatkan Pemain Terbaik AFC 2012

Lee Keun Ho
Lee Keun Ho
Lee Keun Ho

KUALA LUMPUR: Pemain Korea Selatan, Lee Keun Ho dan Aya Miyama dari Jepun dipilih sebagai Pemain Terbaik AFC pada majlis Anugerah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang berlangsung pada Jumaat malam.

Keun Ho dipilih berdasarkan prestasi cemerlang sepanjang beraksi bersama pasukan kebangsaan serta turut beraksi dengan Ulsan Hyundai dalam aksi Liga Juara-Juara AFC 2012 sekaligus memberi kelebihan penyerang itu untuk meraih trofi ini.

Kemenangan ini sekali gus mengetepikan pencabar terdekat iaitu bintang bola sepak Iran, Ali Karimi serta Zheng Zhi dari China.

Bagi kategori wanita pula, Miyama,27, menewaskan dua lagi rakan senegaranya yang turut tercalon (Hamore Sawa dan Yuki Ogimi) untuk meraih trofi ini selepas memberi persembahan terbaik mambantu negaranya meraih pingat perak pada Sukan Olimpik di London baru-baru ini.

Sementara itu, pemain tengah Manchester United, Shinji Kagawa (Jepun) dipilih sebagai Pemain Antarabangsa Asia Terbaik manakala penyerang Kuwait FC dari Brazil, Rogerio De Assis Silva Coutinho meraih gelaran Pemain Import Terbaik AFC tahun ini.

Artikel Lain