suria

Piala AFF: Singapura Mahu Menang Dengan Indonesia

KUALA LUMPUR: Jurulatih Singapura, Radojko Avramovic menetap sasaran untuk menang dengan Indonesia apabila mereka bertemu dalam perlawanan kedua Kumpulan B kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu.

Beliau berkata menang dengan Indonesia akan memotivasikan pemainnya untuk ke separuh akhir.

"Sudah tentu kami mahu mendapat tiga mata apabila menentang Indonesia untuk menempah tempat ke separuh akhir, tetapi ia bukan mudah kerana mereka (Indonesia) juga mahu menang," katanya kepada pembertia selepas mesyuarat pengurus Kumpulan B di Seri Kembangan pada Selasa.

Juara tiga kali ini berada dalam posisi selesa untuk ke separuh akhir selepas kalahkan Malayia 0-3 sebelum ini.

Jurulatih kelahiran Serbia berumur 62 tahun ini berkata pemain pertahanan Muhammad Shaiful tidak dapat bermain esok kerana kecederan pergelangan kaki dan akan diganti dengan pertahanan Lions XII, Muhammad Irwan Shah Arismail.

"Muhammad Irwan pemain bagus kerana telah bermain beberapa perlawanan antarabangsa sebelum ini dan saya cukup yakin dengannya," katanya.

Beliau mengingatkan pemainnya dengan ancaman pasukan Indonesia yang bermain baik dan lebih teratur tahun ini.

Jurulatih Indonesia, Nil Maizar pula berharap untuk menang kali pertama setelah seri 2-2 dengan Laos sebelum ini.

"Saya harap dapat keputusan baik dengan Singapura.

"Walaupun Singapura mempunyai ramai pemain berbakat dan berpengalaman, tetapi saya berharap kami bermain baik untuk menentang mereka," katanya.

Beliau berkata beberapa pemain akan menggantikan penjaga gol Endra Prasetya Suprapto yang digantung kerana menerima kad mereka semasa menentang Laos.

"Saya akan putuskan pemain yang akan menggantikan Eryanto semasa sesi latihan nanti," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain