suria

Piala AFF: Malaysia Tewas 3-0 Kepada Singapura

Penyerang negara, Nor Shahrul Idlan diasak pemain Singapura, Baihakki Khaizan (kiri) pada aksi peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki pada Ahad.
Penyerang negara, Nor Shahrul Idlan diasak pemain Singapura, Baihakki Khaizan (kiri) pada aksi peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki pada Ahad.
Penyerang negara, Nor Shahrul Idlan diasak pemain Singapura, Baihakki Khaizan (kiri) pada aksi peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki pada Ahad.

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia gagal mengekang asakan skuad Singapura selepas tewas 3-0 pada aksi Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Biarpun skuad Datuk K. Rajagobal mula melakukan serangan ke kubu lawan, namun mereka gagal melakukan cubaan tepat ke arah gol.

Penyerang paling bernilai negara, Norsharul Idlan Talaha dikawal ketat oleh pemain-pemain pertahanan Singapura.

Kealpaan benteng pertahanan Malaysia digunakan sepenuhnya oleh Shahril Ishak pada minit ke-31 sekaligus menewaskan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Enam minit selepas itu, Shahril sekali lagi menjaringkan gol melalui tandukan sebelum babak pertama permainan tamat.

Sementara itu, pada babak kedua perlawanan, skuad Harimau Malaya bangkit melakukan pergerakan lebih pantas tetapi gagal menghampiri pintu gol yang dikawal rapi, Mohamad Izwan Mahbud.

Kelekaan pemain pertahanan sekali lagi memberi peluang kepada Singapura menambah jaringan apabila pemain gantian,Aleksander Quric tanpa kawalan menanduk mudah ke arah gawang pada minit ke-74.

Keputusan 3-0 mengakhiri permainan walaupun pada masa tambahan cubaan Nor Shahrul Idlan hampir meledak gol pertama negara, namun terkena tiang gol.

Rajagobal ternyata kecewa dengan keputusan ini sekaligus menuntur semua pemainnya mengubah keputusan pad aksi kedua bertemu laos nanti.

Katanya, kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol negara, Khairul Che Fahmi pada separuh masa pertama menyebabkan moral pemain pasukan kebangsaan terus merosot.

"Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain...sejujurnya saya tidak menyangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini.

"Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Selepas keputuisan ini, beliau mengakui saingan mencari mata dalam peringkat kumpulan ini semakin sukar.

"Kita harus menempuhi jalan sukar selepas ini dan suka atau tidak, kita perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan," katanya.

Selain itu, jurulatih Singapura Radojko Avramovic berkata beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap skuadnya dapat terus mengekalkan momentum dalam menentang Indonesia Rabu ini dan Laos pada 1 Dis ini.

"Ini adalah permulaan baik dan saya tabik anak buah saya atas usaha cemerlang mereka. Kadang-kadang kami bernasib baik untuk menghasilkan jaringan dan adakala sebaliknya," katanya.

Mengulas pertemuan antara Laos dan Indonesia sebelum ini, Avramovic berkata beliau terkejut dengan prestasi Laos yang berjaya mengikat lawannya 2-2.

"Secara umum, Laos mengejutkan saya. Saya percaya mereka datang untuk memenangi semua perlawanan dan tenaga yang ditunjukkan oleh Laos pada perlawanan pembukaan adalah hebat," katanya.

Malaysia, selaku juara bertahan akan menentang Laos Rabu ini sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menentang Indonesia pada 1 Dis ini.

SENARAI PEMAIN:

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Bunyamin Umar, Mohd Azmi Muslim (Mahalli Jasuli), Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim (kapten), Amar Rohidan (Azamuddin Mohd Akil), Mohd Khyrill Muhymeen Zambri (Wan Zack Haikal Wan Nor), S. Kunalan, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali.

SINGAPURA: Mohamad Izwan Mahbud, Mohamad Shaiful Esah Nain (Muhammad Irwan Shah), Baihakki Khaizan, Mustafic Fahrudin, Daniel Mark Bennett, Shahdan Sulaiman, Shi Jiayi, Hariss Harun, Mohd Shahril Ishak (kapten)(Aleksandar Duric), Muhammad Safuwan Baharudin, Mohammad Khairul Amri Kamal.

Artikel Berikut

Artikel Lain