Pasangan Malaysia Raih Perak Di Kejohanan Terjun Asia - Sukan | mStar

Pasangan Malaysia Raih Perak Di Kejohanan Terjun Asia

KUALA LUMPUR: Pasangan Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei merangkul perak dalam acara papan anjal 3m segerak di Kejohanan Terjun Asia di Dubai , Khamis.

Mereka mengumpul 336.33 mata di belakang Lin Jin dan Su Zewan, China, yang meraih emas dengan 399.57 mata.

Jason Poon dan Chow Ho Wing dari Hong Kong membawa pulang gangsa dengan 322.95 mata.

Sementara itu, dalam acara platform wanita 10m, peserta Malaysia Loh Zhiayi muncul di tempat keempat dengan mata 257.70.

Peserta China Wu Shengping (385.30) dan Xing Yiying (358.50) masing-masing memenangi emas dan perak, sementra Fuka Tatsumi, Jepun meraih gangsa dengan 257.70 mata. -BERNAMA

Artikel Berikut

Piala AFF Suzuki: Singapura Bersikap Rendah Diri

Artikel Lain