suria

Mark Hughes Masih Kekal Urus QPR Selepas Bertemu CEO

MARK HUGHES nampaknya buat masa ini masih lagi diberi kepercayaan untuk terus mengemudi QPR selepas beliau mengadakan pertemuan krisis dengan para pemain dan juga pengurusan kanan kelab.

Hughes pada Isnin terpaksa memanggil pertemuan krisis dengan para pemainnya selepas tercetusnya berita mengatakan berlakukan keretakan hubungan antara pemain-pemain asal kelab itu dengan pemain-pemain baru.

Hughes kemudiannya menghabiskan dua jam berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif QPR, Philip Beard.

Masa depan Mark Hughes terumbang-ambing selepas kelab itu mengharungi 12 perlawanan liga tanpa satu pun kemenangan setakat ini dan berada di tangga tercorot liga.

Sementara itu Pengerusi QPR, Tony Fernandes, menulis dalam laman twitternya: “Dalam perjalanan pulang dari Amerika. Perjalanan yang panjang untuk memikirkan pelbagai macam perkara.”

Mark Hughes, QPR, Philip Beard

Artikel Lain